Tuesday, 11 September 2012

Maksud disebalik warna ^_^

Warna terbahagi kepada tiga iaitu warna sejuk, warna panas dan warna neutral. Jadi mari kita lihat contoh-contoh warna, makna positif serta warna negatif bagi warna tersebut..


Warna-warna SEJUK
Contoh-contoh warna sejuk ialah biru, hijau, indigo, ungu dan perak. Warna-warna sejuk cenderung berpengaruh memberikan perasaan tenang bagi yang melihatnya. 

Berikut adalah makna dari beberapa warna sejuk:

Biru
Positif: kebijaksanaan, percaya, keamanan, kesetiaan, romantik
Negatif: cemas, ketakutan, gemuruh

Hijau
Postif: kewangan, pertumbuhan, kesegaran, kesuburan, penyembuhan
Negatif: iri hati, kecemburuan, kesalahan, kekacauan

Ungu
Positif: spiritual, kemewahan, bercita-cita tinggi
Negatif: misteri, kesombongan

Indigo
Positif: rohani, sembuh, perlindungan, kepuas hatian
Negatif: cemburu, kewanitaan

Perak
Positif: glamour, darjat, anggun
Negatif: tidak tulus, suka berkhayal

Warna-warna PANAS
Contoh-contoh warna panas adalah warna merah, merah muda, kuning, jingga dan warna emas. Warna-warna panas cenderung mempunyai suatu efek keghairahan bagi yang melihatnya.

Berikut beberapa makna dari beberapa warna panas:

Merah
Positif: cinta, kekuatan, kuasa, penderitaan, panas
Negatif: kemarahan, bahaya, amaran, ketidaksabaran

Merah muda
Positif: sihat, bahagia, feminin, rasa kasihan, manis dan pelawak
Negatif: kelemahan, kewanitaan, kebudak-budakan

Kuning
Positif: terang/cerdas, energi, kreatif, bijak, bahagia
Negatif: penakut, tidak bertanggungjawab, tidak stabil

Jingga
Positif: keberanian, kepercayaan, keramahan, keakraban, kejayaan
Negatif: ketidak tahuan, kesombongan 

Emas
Positif: kekayaan, kemakmuran, berharga, tradisional
Negatif: ketamakan, suka berangan-angan

Warna-warna NEUTRAL
Contoh-contoh warna neutral adalah warna hitam, kelabu, coklat dan putih. Warna-warna neutral adalah warna-warna yang kebiasaannya dipilih oleh para pelukis untuk membuat latar belakang kerana warna-warna ini lebih lembut dan dapat menakluk warna-warna lain. 

Berikut beberapa makna dari beberapa warna neutral:

Hitam
Positif: perlindungan, dramatis, serius, bergaya/anggun, formaliti
Negatif: kerahsiaaan, kematian, kejahatan/malapetaka

Kelabu
Positif: keamanan, kehandalan, kecerdasan, padat, konservatif
Negatif: muram, sedih

Coklat
Positif: keramahan, semulajadi, konservatif
Negatif: membosankan, lemah

Putih
Positif: kebaikan, keadaan tak bersalah, kemurnian, segar, senang, bersih
Negatif: gemuruh, tidak fokus, terlalu menganggap mudah tentang sesuatu perkara..

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.